Jadual Susu

Lilypie Breastfeeding tickers centre

Sunday, 8 September 2013

Vita-Lea Oh Vita-Lea..




Assalamualaikum semua..
Harap semuanye baik dan dipermudahkan urusan kita hari ini. Ehmm..nampaknya sudah lama benar saya tidak "mengupdate" entri di blog ini. Makluman semua saya baru saja mahu mengenali dan berjinak-jinak dalam penulisan blog seperti anda. Maka faham-faham sahaja lah jika ada banyak kekurangan pada blog ini. Diharapkan agar anda semua tidak jemu untuk mengikuti dan memberi sokongan kepada saya. Segala nasihat dan tunjuk ajar adalah sangat-sangatlah dialu-alukan.

Hari ini kita bercerita serba sedikit mengenai vitamin Vita-Lea Iron Formula. Cuba kita lihat ini dulu...



Waahhh...Hebat kan!! Ia adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Maka sudah tentu juga ianya menjadi multi-vitamin  tertua yang mana asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" iaitu singkatan kepada 'Vita-Min" yang dulu asalnya disebut dari Shaklee. Haaa baru tahu dari asal perkataan vitamin tu kan...?

Dulunya vitamin ini  adalah dalam bentuk cecair (90 tahun dahulu) bertukar  kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet  mengandungi 30 nutrisi harian yang lengkap dari sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA dan ia disaluti dengan serbuk nutrisi- spirulina melalui satu kaedah yang terkini dan berteknologi eksplosif yang kompleks dipanggil "Explo-tab".

Selain itu ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia dan mudah berintegrasi dengan protin untuk diserap pantas oleh usus kecil. Melalui ujian klinikal membuktikan pengambilannya selama setahun dapat mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Jadi bagi anda-anda yang inginkan kesihatan sepanjang hayat boleh lah jadikan Vita-lea Iron Folmula ini sebagai salah satu makan tambahan harian anda!

Mari kita tengok manfaat utama vitamin ini :
  • Memberi tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental yang membantu  sistem memori/fokus dalam kerja seharian
  • Pelengkap nutrisi bagi mereka yang kekurangan pelbagai vitamin dan mineral
  • Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambantkan proses penuaan
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup,pertumbuhan baru,membantu proses pembesaran,pertumbuhan rambut,otot,kulit,kuku,hormon dan tirod
  • Keupayaan sistem produktif yang oenting kepada kanak-kanak dan remaja
  • Melindungi fungsi buah pinggang,jantung dan hati.

Sekian, kita jumpa di lain entri ya..!!




Untuk sebarang pertanyaan dan  keterangan lanjut hubungi saya
Sms/Call/Whatsapp : 0132186706 
FB : Nor Hafizah Abu Suid
Fanpage : Gudang vitamin online
Email : norhafizahabusuid@gmail.com






Thursday, 15 August 2013

Dulu dan sekarang..

Alhamdulillah da genap setahun usia nur dan bermakna setahun juga Nur masih menyusu dengan ku...maka bersiap sedielah dengan gerak gempur untuk menambah stok susu untuk 1thn lg! Tekadkan diri tabahkan hati dan keazaman yang tinggi untuk mencapai impian ku ini..Ya ALLAH berikanlah kekuatan kepada ku untuk menempuhi segala cabaran dalam tempoh aku menyusukan anakku...

Mood...tengah semangat nih!! Ok...tak dilupakan juga sepanjang penyusuan nie aku sangat berpuas hati dengan bantuan set menyusu dari Shaklee...Alhamdulillah nampak perbezaan dan hasil yang ketara!!!..ESP, Alfalfa, B-Complex, Vitalea, Vitamin C, Mealshakes, Performance Drink dan Vitamin E.....sume memang terbaik!!!! Kenapa Shaklee bukan yang lain..??? Belajar dari pengalaman lalu ku bertekad untuk memberi hanya yang terbaik kepada simanja..

Dahulu masa anak sulung ku Muhammad hanya sempat menyusu selama 8 bulan jer...dengan keadaan stok susu yang boleh diibarakan macam kais pagi makan pagi kais petang makan petang...korek lubang sane tutup lubang sini...hampa dan kecewa!! Ilmu penyusuan pun cetek sesangat...Hanya berbekalkan semangat yang kadang2 pun ade pasang surutnyer...hehehe. Dan bersyukur ler sangat2 yang sekarang ni dah ade macam2 kemudahan dan info2 boleh kita dapat kat hujung jari jer...cume nak dengan tak nak jer!!! Chaiyok2...Semoga tercapai impian ku untuk menyusukan Nur selama 2 tahun...Ok sekian..kite jumpe lagi di entry yang lain yer..


Jika ade sebarang pertanyaan mengenai Produk Shaklee bolehlah menghubungi saya melaui sms, whatsapp ke 013-2186707 atau email ke norhafizahabusuid@gmail.com